ENAKMEN 4 TAHUN 2005
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2005
BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Am
Seksyen 9. Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan fakta persoalan atau fakta relevan
Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan apa-apa fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu kesimpulan yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menentukan identiti mana-mana benda atau orang yang identitinya ialah relevan, atau yang menetapkan masa atau tempat di mana mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan telah berlaku atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya mana-mana fakta itu ditransaksikan, ialah
qarinah
setakat yang fakta itu perlu bagi maksud itu.
MISALAN
(a)
Soalnya ialah sama ada apa-apa dokumen tertentu ialah wasiat
A
.
Keadaan harta
A
dan keadaan keluarganya pada tarikh wasiat yang dikatakan itu ialah
qarinah
.
(b) A
dituduh melakukan suatu jenayah.
Fakta bahawa sejurus selepas berlakunya jenayah itu
A
telah melarikan diri dari rumahnya ialah
qarinah
di bawah seksyen 8 sebagai kelakuan yang kemudian daripada dan tersentuh oleh fakta persoalan.
Fakta bahawa pada masa dia meninggalkan rumahnya itu dia ada urusan tiba-tiba dan mendesak di tempat dia pergi itu ialah
qarinah
sebagai cenderung menghuraikan fakta bahawa dia telah meninggalkan rumahnya dengan tiba-tiba.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.