Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008


Jadual Kedua
(Subseksyen 8(3))

1. Tiada apa-apa jua dalam seksyen 8 boleh disifatkan sebagai membenarkan Majlis membuat perintah untuk menubuhkan apa-apa perbadanan yang mempunyai apa-apa kewajipan, kuasa atau hak yang bukan dalam kewajipan, kuasa atau hak Majlis di bawah Enakmen ini.

2. Tertakluk kepada peruntukan lain dalam Enakmen ini, apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 8 adalah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah perintah itu terkandung dalam Enakmen ini.

3. Majlis boleh, atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah apa-apa perintah yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah seksyen 8.

4. Majlis hendaklah menyimpan satu daftar bagi semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 8 dan daftar itu bersekali dengan salinan-salinan semua perintah yang dibuat di bawah seksyen itu hendaklah terbuka kepada pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada waktu-waktu yang ditetapkan oleh Majlis.

5. (1) Majlis boleh, atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

6. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8—
7. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan, yang hendaklah mengandungi suatu tanda sebagaimana yang diluluskan oleh perbadanan itu dengan kelulusan Majlis, dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat oleh perbadanan itu dengan kelulusan Majlis.



Diluluskan di dalam Dewan Undangan Negeri pada 18 November 2007 bersamaan dengan 8 Zulkaedah 1428.
ABD. RASHID BIN HAJI OTHMAN
Setiausaha Dewan Undangan Negeri
Kedah Darul Aman

[PSU(K) 580-1400]




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.