ENAKMEN 6 TAHUN 2008
ENAKMEN MUFTI DAN FATWA (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN IV - AM



Seksyen 29. Kecualian dan peralihan

Semua tindakan, kaedah, fatwa, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, surat kebenaran, pengesahan arah qiblat dan apa-apa perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana Enakmen hendaklah pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini terus berkuat kuasa setakat yang tidak bertentangan dengan Enakmen ini, sehingga ia dibatalkan atau digantikan oleh kaedah, fatwa, perisytiharan, perintah, pemberitahuan, surat kebenaran, pengesahan arah qiblat dan apa-apa perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.