Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN IV - KEWANGAN
Baitulmal dan Tatacara Kewangan Majlis



Seksyen 50. Akaun bank

(1) Majlis boleh mengendalikan apa-apa akaun atau akaun-akaun yang diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(2) Apa-apa pembayaran oleh Majlis hendaklah mengikut peruntukan tatacara kewangan Majlis.

(3) Semua wang yang diterima oleh atau untuk Majlis hendaklah dibayar ke dalam suatu akaun bank Majlis mengikut cara yang diperuntukkan dalam tatacara kewangan Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.