ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
Bila Penghakiman Mahkamah menjadi Qarinah



Seksyen 28. Penghakiman dahulu adalah relevan bagi menghalang guaman atau perbicaraan yang kedua

Kewujudan apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang menurut undang-undang mencegah mana-mana Mahkamah daripada mengambil tahu tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan sesuatu perbicaraan adalah qarinah apabila soalnya ialah sama ada Mahkamah patut mengambil tahu tentang guaman itu atau mengadakan perbicaraan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.