Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VI - NIKAH, CHERAI DAN RUJO'



Seksyen 124. Cherai dengan Talaq.

(1) Boleh-Iah sa-orang suami mencheraikan isteri-nya mengikut Hukum Shara' dengan sharat bahawa suami yang hendak mencheraikan isteri-nya itu terlebeh dahulu menghantar permohonan dengan mengisi borang yang tertentu kapada Pendaftar.

(2) Manakala di-terima borang permohonan daripada saorang suami meminta kebenaran mencheraikan isteri-nya maka Pendaftar dengan tujuan melaksanakan perdamaian hendak-Iah menyiasat terhadap pemohon dan isteri-nya saperti mana yang di-timbangkan-nya munasabah.

(3) Manakala tiada perdamaian maka hendak-Iah Pendaftar mendaftarkan cherai itu sa-telah hak2 bagi suami dan
isteri di-kembalikan kapada kedua2-nya dan bayaran yang di-tentukan telah di-jelaskan oleh si-suami.

(4) Maka sharat2 daripada fasa2 kechiI (6), (7) dan (8) daripada fasal 122 di-atas hendak-Iah terpakai dengan perubahan
yang patut kapada pendaftaran percheraian2 dan pengeluaran Surat Keterangan Cherai.

(5) Pendaftar hendak-Iah menyerahkan surat cherai hanya sa-telah habis 'iddah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.