ENAKMEN 15 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015

BAHAGIAN VII - WAKAF SECARA WASIAT



Seksyen 33. Wakaf secara wasiat

(1) Mana-mana orang yang berhasrat untuk berwakaf boleh mewujudkan suatu wakaf secara wasiat dan hendaklah mula berkuat kuasa selepas kematiannya.

(2) Seseorang wasi yang telah dilantik hendaklah melaksanakan wakaf secara wasiat yang dibuat oleh waqif.

(3) Wasi hendaklah, selepas kematian waqif, mendapatkan persetujuan daripada semua waris untuk melaksanakan wakaf itu sekiranya waqif menamakan waris sebagai penerima wakaf secara wasiat.

(4) Wasi hendaklah, selepas kematian waqif, mendapatkan persetujuan daripada semua waris untuk melaksanakan wakaf tu sekiranya waqif menamakan bukan waris sebagai penerima wakaf secara wasiat yang melebihi satu pertiga daripada harta waqif.

(5) Wakaf secara wasiat hendaklah dilaksanakan menurut peruntukan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.