Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN



Seksyen 28. Pewakilan kewajipan atau kuasa Majlis

(1) Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk kepada syaratsyarat dan sekatan yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan kepada Yang Dipertua atau Timbalan Yang Dipertua Majlis atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis penunaian mana-mana kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya.

(2) Pelaksanaan kewajipan dan penjalanan kuasa menurut pewakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua Majlis, Setiausaha, atau jawatankuasa yang kepadanya pewakilan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya menurut pewakilan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.