Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VI - NIKAH, CHERAI DAN RUJO'



Seksyen 120. Kuasa meng'akadkan.

(1) Sa-suatu nikah itu hanya boleh di-'akadkan mengikut Hukum Shara' oleh Pendaftar bagi tempat nikah itu diakadkan.

(2) Sa-suatu nikah itu boleh di-'akadkan oleh sesiapa yang di-Iuluskan oleh Hukum Shara' pada menikahkan jika
pernikahan itu di-perbuat di-hadapan Pendaftar atau dengan kebenaran Pendaftar itu.

(3) Sa-orang Pendaftar boleh meng'akadkan nikah dengan permintaan wali perempuan yang hendak di-kahwinkan itu
tetapi sa-belum meng'akadkan nikah itu hendak-Iah ia membuat penyiasatan yang penoh supaya memuaskan hati-nya'
bahawa tidak ada halangan yang sah mengikut Hukum Shara dan 'Adat Melayu terhadap perkahwinan itu dan tidak boleh ia melakukan akad nikah itu sa-hingga ia berpuas hati. Kerana tujuan penyiasatan itu maka boleh-Iah ia menghendaki mana2 orang Islam supaya hadhir dihadapan-nya untok memberi keterangan atau menunjokkan sa-suatu surat.

(4) Pendaftar boleh meng'akadkan nikah perempuan yang tiada berwali. Jika wali perempuan yang akan nikah itu
enggan membenarkan nikah itu dengan tiada sebab2 yang di-Iuluskan oleh Hukum Shara', maka nikah itu boleh-Iah
di-'akadkan oleh Kadhi atau Kadhi Besar dengan sharat perempuan itu berumor delapan belas tahun atau lebeh. Sa-belum meng'akadkan nikah itu maka Kadhi atau Kadhi Besar hendaklah menjalankan siasat sa-bagaimana yang tersebut di-dalam pechahan (3) dalam fasal ini.

(5) Jika perempuan yang hendak nikah itu janda :




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.