ENAKMEN 9 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (PERAK) 2015
BAHAGIAN V - MAWQUF
Seksyen 17. Syarat-syarat mawquf
(1) Mawquf hendaklah suatu harta yang-
(a) dimiliki oleh
waqif;
(b) tidak terhalang untuk diserah hak kepada Majlis; dan
(c) boleh memberi faedah atau manfaat.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (1), sesuatu wakaf adalah sah walaupun pada masa wakaf itu diwujudkan-
(a)
m
awquf
tidak memberi apa-apa faedah atau manfaat; atau
(b)
mawquf
masih dalam sewaan atau pajakan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.