Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

PER ATORAN PERBICHARAAN MAL



Seksyen 77. Tuntutan.

(1) Semua perbicharaan di-dalam Mahkamah Kadhi Besar atau Mahkamah Kadhi hendak-Iah dengan menghantar tuntutan yang bertulis atau dengan membuat pengaduan sendiri kapada Pegawai Pengetua Mahkamah itu, dan dengan jalan mana pun belanja yang di-tentukan hendak-lah di-bayar. Jika pengaduan di-buat dengan lisan Mahkamah itu hendak-Iah menulis tuntutan itu bagi pehak penuntut dan hendak-lah di-tanda tangani dan di-serahkan oleh-nya.

(2) Tuntutan itu hendak-lah mengandongi nama2,'alamat2 dan penerangan di-atas kedua2 pehak-nya, penyata yang rengkas di-atas hal tuntutan itu tanpa hujah atau butir2 yang tiada mustahak dan juga keterangan kelegaan yang patut dan keputusan yang di-kehendaki.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.