Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN VIII - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM



Seksyen 81. Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam

(1) Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam, yang hendaklah terdiri daripada—

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3) Majlis hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan Jawatankuasa itu.

(3) Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam hendaklah mempunyai kuasa untuk memperakukan kepada Majlis bagi mendapatkan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk pemberian tauliah bagi maksud pengajaran Agama Islam atau apa-apa perkara tentang Agama Islam dan untuk menarik balik tauliah itu.

(4) Majlis boleh membuat peraturan yang mengadakan peruntukan bagi—




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.