ENAKMEN 15 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015

BAHAGIAN VII - WAKAF SECARA WASIAT



Seksyen 32. Wakaf kepada bukan waris

(1) Mana-mana orang yang berhasrat untuk berwakaf boleh mewakafkan harta kepada bukan warisnya.

(2) Jika waqif berada dalam keadaan marad al maut, dia tidak boleh membuat wakaf kepada bukan warisnya lebih daripada satu pertiga hartanya kecuali dengan persetujuan semua waris.

(3) Sesuatu wakaf adalah tidak sah jika waqif mewakafkan hartanya secara berwasiat kepada bukan warisnya lebih daripada satu pertiga hartanya kecuali dengan persetujuan semua waris.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.