ENAKMEN 5 TAHUN 2006
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2006

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN TERTENTU YANG MENYENTUH PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 179. Hakim tidak boleh membicarakan kesalahan tertentu yang dilakukan di hadapannya

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 173 dan 178, tiada Hakim boleh membicarakan mana-mana orang bagi apa-apa kesalahan jika kesalahan itu dilakukan dihadapannya atau sebagai
menghina kuasanya, atau dengan pengetahuannya dalam perjalanan sesuatu prosiding kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.