ENAKMEN 19 TAHUN 2014
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2014

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGA
Bab I - Beban membuktikan



Seksyen 78. Beban membuktikan fakta yang diketahui secara khusus

Apabila mana-mana fakta diketahui secara khusus oleh mana-mana orang, maka beban membuktikan fakta itu terletak padanya.
MISALAN

Apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan dengan suatu niat selain daripada niat yang dibayangkan oleh sifat dan hal keadaan perbuatan itu, maka beban membuktikan niat itu ialah terletak padanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.