ENAKMEN 13 TAHUN 2015
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN II - QISAS



Seksyen 29. Gantian kepada hukuman qisas

Apabila hukuman bunuh sebagai hukuman qisas tidak boleh dikenakan, maka pesalah itu bolehlah dikenakan hukuman takzir dengan dipenjarakan seumur hidup atau tertakluk kepada hal keadaan kes, seberapa lama yang difikirkan patut oleh Mahkamah untuk menjadikan pesalah itu sedar dan sesal atau dengan pampasan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.