ENAKMEN 15 TAHUN 2015
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 2015

BAHAGIAN VI - MAWQUF ‘ALAIH



Seksyen 29. Pembahagian manfaat, kepentingan atau keuntungan

Jika terdapat lebih daripada seorang mawquf ‘alaih dalam suatu wakaf khas dan waqif tidak menentukan bahagian mereka masing-masing terhadap manfaat, kepentingan atau keuntungan mawquf itu, Perbadanan hendaklah membahagikan manfaat, kepentingan atau keuntungan itu sama rata di kalangan mereka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.