ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN - XXVI DISTRES



Seksyen 201. Kuasa belif.


Apabila melaksanakan waran distres mengenai harta yang tertakluk kepadanya, dan tertakluk kepada mana-mana Undang-undang bertulis, belif hendaklah mempunyai hak, kuasa dan tugas sama seperti yang dipunyainya semasa menjalankan perintah perlaksanaan:

Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh menyentuh apa-apa soal keutamaan:

Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam mana-mana penjualan di bawah suatu waran distres belif tidak boleh menjual harta lebih daripada yang diperlukan untuk memuaskan distres, perbelanjaan, fee, kamsen dan kos tanpa hirau mana-mana perintah perlaksanaan yang mungkin ada dalam tangannya. Belif boleh selepas penjualan merampas di bawah perintah itu mana-mana harta yang tertakluk kepadanya yang sepatutnya dilepaskan atau hasil penjualan mana-mana harta tersebut yang sepatutnya dibayar kepada si berhutang-hukuman.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.