ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXXIV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 254. Perakuan pakar.


(1) Di dalam mana-mana pembicaraan Mahkamah boleh, jika ia fikirkan patut, menerima keterangan dan bertindak atas perakuan mana-mana akauntan, aktuari, jurubina, ahli sains, ahli kimia, jurutera, pegawai perubatan, jurukur atau lain-lain pakar, dan boleh menerima sebagai keterangan apa-apa akaun, analisa, pelan, rajah atau dokumen berkaitan dengan dan dicamkan oleh perakuan itu. Apabila menerima keterangan itu Mahkamah hendaklah memaklumkan kepada pihak-pihak mengenai haknya menyoal-balas di bawah seksyen-kecil 2.

(2) Mana-mana pihak
bona fide yang ingin menyoal balas apa-apa perkara sedemikian hendaklah diberi peluang untuk memeriksa-balas sedemikian tetapi selepas daripada itu boleh diarah untuk membayar apa-apa kos yang berkaitan dengan pemeriksaan-balas itu.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.