ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXX - KOS, ELAUN DAN FEE MAHKAMAH



Seksyen 226. Jaminan untuk kos.


Seorang pihak menuntut yang berada di luar Negeri atau jika ia seorang perempuan bersuami yang tidak boleh dikenakan kos seperti juga jikalau beliau seorang feme sole, boleh diperintah memberi jaminan bagi kos, dan jika ia gagal memberi jaminan itu tindakannya boleh dibuang. Seksyen ini dipakai juga kepada seorang pihak menuntut-balas. Apabila jaminan bagi kos diperintah, ianya boleh diberi kepada pihak satu lagi ataupun kepada Mahkamah mengikut pilihan orang yang memberi jaminan itu.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.