ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN X - PERMOHONAN



Seksyen 71. Bentuk.


(1) Kecuali seperti yang diperuntukkan selepas ini, tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat dengan secara notis dan ikrar dalam borang yang ditetapkan.

(2) Jika permohonan itu ialah mengenai pembicaraan yang masih berjalan ia hendaklah mengandungi kepala dan tajuk pembicaraan itu.

(3) Jika permohonan itu bukan mengenai pembicaraan yang masih berjalan ia hendaklah mengandungi kepala dan tajuk yang bersesuaian.

(4) Permohonan itu hendaklah menyatakan dengan sepenuhnya jenis perintah yang dipohonkan dan mengandungi fakta yang mencukupi untuk menyokong permohonan itu, dan kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya permohonan itu hendaklah disampaikan kepada semua pihak dan orang yang berkepentingan di dalamnya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.