ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXVIII - KUASA PENDAFTAR DAN KADI



Seksyen 210. Rujuk dan ubah perintah.


(1) Pendaftar boleh mengikut budibicaranya merujuk kepada Mahkamah untuk keputusannya apa-apa hal yang disampaikan kepadanya untuk keputusan sama ada di bawah Bahagian ini atau selainnya.

(2) Apa-apa perintah atau keputusan yang dibuat oleh Pendaftar sama ada di bawah Bahagian ini atau selainnya boleh diketepikan atau diubah oleh Mahkamah, sama ada atas kehendaknya sendiri atau menurut permohonan mana-mana orang yang terlibat demikian, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut:

Dengan syarat bahawa, kecuali untuk sebab-sebab yang istimewa, Mahkamah tidaklah boleh menimbang mana-mana permohonan tersebut kecuali jikalau dibuat dalam tempoh 4 hari selepas permohon menyedari akan perintah atau keputusan yang diadukan itu:

Dengan syarat selanjutnya bahawa permohonan sedemikian tidaklah berkuasa menangguh apa-apa pembicaraan yang berkaitan dengan perintah atau keputusan itu, dan bahawa tiada perintah yang dibuat oleh Mahkamah yang mengakaskan perintah itu boleh membatalkan apa-apa tindakan yang telah dibuat dengan sahnya di bawah perintah terdahulu kecuali Mahkamah memerintah sebaliknya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.