ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 157. Pembayaran keluar.


Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Mahkamah oleh belif untuk kredit mana-mana orang hendaklah atas permohonannya, dibayar keluar kepadanya tanpa apa-apa perintah:

Dengan syarat bahawa Pendaftar hendaklah menggunakan budibicaranya dalam mana-mana kes dan hendaklah, jika ia mendapat notis bahawa ada orang lain yang menuntut jumlah wang berkenaan atau sebahagian darinya, mengarah pemohon itu mendapat perintah Mahkamah sebelum membuat pembayaran keluar.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.