ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XX - PEMBAHAGIAN KADAR



Seksyen 162. Hasil jualan dibahagi secara kadar kepada si berhutang hukuman.


(1) Apabila sesuatu aset dihasilkan melalui penjualan atau sebaliknya semasa melaksanakan sesuatu perintah atau hukuman dan lebih dari seorang telah, sebelum penghasilan itu, menahan harta yang darinya aset itu telah dihasilkan tetapi belum mendapat penyelesaian dari aset itu, aset itu, setelah dipotong kos penghasilannya hendaklah dibahagi atas kadar di antara orang-orang itu dengan syarat-syarat berikut-
(2) Jika semua ataupun mana-mana aset yang telah dibahagikan secara kadar di bawah seksyen ini telah dibayar kepada seorang yang tidak berhak menerimanya, seseorang yang berhak boleh menuntut daripada orang itu supaya memaksanya mengembalikan aset itu.

(3) Jika di bawah peruntukan undang-undang bertulis lain keutamaan diberi kepada sesuatu tuntutan, peruntukan di bawah seksyen ini tidak boleh dikenakan untuk membasmi atau menangguhkan tuntutan itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.