ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN IX - BAYARAN KEPADA MAHKAMAH



Seksyen 63. Bayaran masuk.


(1) Pihak kena tuntut boleh bayar wang kepada Mahkamah bagi menjelaskan tuntutan atau mana bahagiannya dan boleh juga membayar sejumlah wang sebagai kos.

(2) Pihak kena tuntut hendaklah diberi notis kepada pihak menuntut mengenai bayaran masuk dan, di mana bayaran masuk itu kurang daripada amaun yang dituntut notis itu hendaklah menyatakan untuk apa yang bayaran itu dibuat.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.