ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN II - BENTUK TINDAKAN



Seksyen 6. Tajuk dan notakaki.


(1) Tiap-tiap tindakan atau dokumen hendaklah mempunyai tajuk seperti di dalam borang yang ditetapkan

(2) Tiap-tiap dokumen yang difail di Mahkamah, kecuali wakalah perlantikan, penukaran atau pelepasan peguam, dan tiap-tiap notis yang disampaikan di dalam mana-mana tindakan hendaklah mempunyai notakaki yang mengandungi butir-butir pihak atau orang oleh atau bagi pihak siapa ianya difailkan dan hendaklah menyatakan alamatnya untuk penyampaian seperti diperuntukkan selepas ini.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.