ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN X - PERMOHONAN



Seksyen 72. Permohonan lisan.


(1) Mahkamah boleh dengan budibicaranya membenarkan mana-mana permohonan dibuat secara lisan dengan syarat pemohon itu mengemukakan permohonannya dalam borang yang ditetapkan dan setelah membayar fee sewajarnya untuk permohonan itu. Dalam hal yang demikian permohonan itu hendaklah disempurnakan oleh Mahkamah dan difail.

(2) Mahkamah boleh mengarah supaya notis mana-mana permohonan tersebut disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang lain.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.