ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XX - PEMBAHAGIAN KADAR



Seksyen 164. Harta yang ditahan oleh perintah atau hukuman oleh berbagai Mahkamah.


Jika sesuatu harta yang bukan dalam penjagaan mana-mana Mahkamah semasa melaksanakan mana-mana perintah atau hukuman yang dibuat oleh lebih daripada satu Mahkamah, Mahkamah yang akan menerima atau menghasil harta itu dan yang akan menentu mana-mana tuntutan mengenainya dan mana-mana bantahan terhadap tahanan itu hendaklah Mahkamah yang tertinggi bidangkuasanya atau jika tidak ada perbezaan di dalam peringkat bidangkuasa antara Mahkamah-mahkamah tersebut, Mahkamah yang di bawah perintah atau hukumannya harta itu mula-mula ditahan.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.