ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 46. Penyampaian ganti.


(1) Apabila Mahkamah berpuashati bahawa pihak yang tidak memberi alamat penyampaian berada, pada tarikh saman atau mana-mana dokumen lain untuk disampaikan, di dalam negeri atau Persekutuan dan ada sebab bagi mempercayai bahawa orang itu sentiasa mengelakkan diri dari penyampaian disempurnakan ke atasnya, atau bahawa atas apa-apa alasan yang mencukupi saman atau dokumen lain itu tidak boleh disampaikan secara biasa, Mahkamah boleh memerintahkan saman atau dokumen itu disampaikan dengan cara menampalkan salinannya di tempat-tempat yang senang menarik perhatian di bangunan Mahkamah dan juga di bangunan di mana orang itu dipercayai pernah tinggal atau dengan secara yang lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(2) Mahkamah boleh juga dalam mana-mana kes yang tergulung di dalam seksyen-kecil (1) membuat perintah supaya penyampaian dibuat secara iklan dalam akhbar tempatan atau akhbar-akhbar sepertimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

(3) Penyampaian ganti hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti penyampaian pada diri orang itu sendiri.

(4) Di dalam kes penyampaian ganti ini, Mahkamah apabila perlu, hendaklah menetapkan masa bagi pihak kena serah itu untuk hadir dalam Mahkamah.

(5) Perintah untuk penyampaian ganti tidak boleh dibuat berkenaan dengan-

Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.