ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XVIII - HUKUMAN DAN PERINTAH



Seksyen 131. Penyampaian perintah.


(1) Tiap-tiap hukuman atau perintah yang menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan selain daripada pembayaran wang hendaklah menyatakan tempoh masa bila perbuatan itu mesti dilakukan. Jika masa tidak dinyatakan, perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh hukuman atau perintah itu.

(2) Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu hadir sendiri atau diwakili oleh peguamnya bila hukuman atau perintah diberi atau dibuat, salinan hukuman atau perintah itu atau mana-mana notis berkenaan dengan akibat kemungkiran tidaklah perlu disampaikan kepadanya.

(3) Jika orang itu tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, tindakan untuk menangkap atau menahannya tidak boleh diambil kecuali dia telah disampaikan dengan satu salinan hukuman atau perintah yang dicatitkan dengan notis dalam borang yang ditetapkan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.