ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 37. Alamat penyampaian.


Tiap-tiap pihak menuntut atau pemohon, dan tiap-tiap orang yang memfailkan mana-mana dokumen di dalam mana-mana pembicaraan (selain daripada mana-mana pegawai Mahkamah) dan mana-mana orang lain yang diperintahkan oleh Mahkamah untuk berbuat demikian hendaklah memberi alamat penyampaian dalam Negeri:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana pihak menuntut, pemohon atau orang yang diwakili oleh peguam itu alamat peguam hendaklah menjadi alamat penyampaian.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.