ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN



Seksyen 56. Tuntutbalas.


(1) Tiap-tiap tuntut balas hendaklah mengandungi perkara dan butir-butir yang sama seperti pernyata tuntutan dan hendaklah ditandatangani oleh pihak kena tuntut atau peguamnya.

(2) Tuntutbalas tidak boleh dibuat terhadap mana-mana orang yang pada ketika itu bukan pihak dalam tindakan, tetapi, jika suatu tindakan balas dibuat, suatu perintah penyatuan boleh dibuat dalam kes-kes tertentu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.