ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXXIV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 258. Memberi jaminan.


(1) Jaminan hendaklah diberi dengan mendepositkan wang atau melalui bon. Amaunnya hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pendaftar Perbelanjaan mengenai jaminan hendaklah ditanggung oleh orang yang memberi jaminan itu. Suatu akujanji bertulis oleh seorang peguam boleh diterima sebagai ganti jaminan lain.

(2) Apabila jaminan itu diberi dengan mendepositkan wang, wang itu tidak boleh dibayar keluar tanpa perintah Mahkamah.

(3) Apabila jaminan itu diberi melalui bon dua orang penjamin adalah diperlukan kecuali jikalau Mahkamah memerintah sebaliknya, dan pihak yang satu lagi itu hendaklah diberi peluang untuk membantah akan dua orang penjamin ini.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.