ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XX - PEMBAHAGIAN KADAR



Seksyen 163. Cara mendapat perintah tahanan kemudian dsb.


(1) Apa-apa harta yang ditahan melalui perintah perlaksanaan oleh mana-mana Mahkamah sama ada telah diambil dalam penjagaannya secara fizikal atau sebaliknya hendaklah dianggap sebagai telah dirampas oleh Mahkamah dan hendaklah seterusnya tidak boleh dirampas oleh mana-mana orang lain tetapi apa-apa perintah atau waran tahanan atau rampasan kemudiannya atas harta yang sama oleh Mahkamah itu juga atau Mahkamah lain, sama ada di tempat itu atau di tempat lain, satu salinan sah perintah tersebut, boleh diserah kepada belif yang merampas harta itu dan perintah itu hendaklah berkuatkuasa sebagai suatu tahanan bagi maksud bahagian ini.

(2) Jika sesuatu harta itu tidak boleh secara fizikal diambil untuk penjagaan belif atau mana-mana pegawai Mahkamah, mana-mana perintah tegahan atau dokumen yang sama bagi maksud melindungi kepentingan mana-mana si piutang-hukuman kemudiannya bolehlah diserah atau didaftarkan dan hendaklah berkuatkuasa menurut seksyen-kecil (1).

(3) Jika harta itu dilepaskan daripada perintah tahanan terdahulu ia hendaklah dianggap sebagai telah ditahan dan dirampas di bawah perintah atau waran kemudiannya.

(4) Jika harta itu kekal di bawah perintah tahanan terdahulu dan tiada suatu perintah penjualan mengenainya telah dibuat dua bulan selepas tahanan itu, harta itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilepas daripada tahanan terdahulu dan seksyen-kecil (3) hendaklah dipakai.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.