ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXI - SAMAN SI BERHUTANG HUKUMAN, WARAN TANGKAP DAN SEBAGAINYA



Seksyen 165. Saman si berhutang hukuman.


(1) Tertakluk kepada seksyen kecil (2) seorang si piutang-hukuman boleh memanggil mana-mana orang yang boleh diperiksa melalui satu saman yang di dalam Bahagian ini disebut sebagai saman si berhutang-hukuman mengikut borang yang ditetapkan. Saman itu hendaklah diserahkan ke atas dirinya tidak kurang daripada 5 hari genap sebelum hari yang ditetapkan untuk pembicaraan kecuali jika Mahkamah memerintah sebaliknya.

(2) Dalam mana-mana kes di bawah seksyen 136 tiada saman si berhutang-hukuman boleh dikeluarkan kecuali dengan izin yang diberi mengikut seksyen itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.