ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 149. Memasuki bangunan.


(1) Belif tidak boleh memecah masuk ke dalam mana-mana bangunan tertutup pada malam hari tetapi ia boleh melaksanakannya pada bila-bila masa di siang hari.

(2) Belif tidak boleh memaksa masuk ke dalam mana-mana rumah atau bangunan kediaman kecuali dengan izin Mahkamah.

(3) Apabila memecah buka mana-mana pintu atau kontena, belif boleh mengguna kekerasan yang menasabah dan perlu, dan hendaklah mengambil langkah yang menasabah untuk keselamatan apa-apa barang yang telah terdedah kepada risiko dan hendaklah, jika boleh memberitahu tuan punya atau penghuni akan tujuannya memecah masuk pintu atau kontena tersebut.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.