ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXV - INTERPLEADER



Seksyen 194. Di mana dibenarkan.


Apabila seorang (yang dalam Bahagian ini dipanggil "pemohon") dituntut ataupun akan dituntut oleh mana-mana dua orang atau lebih bagi atau mengenai apa-apa hutang atau harta yang ia tidak menuntut apa-apa kepentingan selain daripada caj dan kos, dan orang-orang itu membuat tuntutan terhadap satu sama lain, pemohon boleh meminta pemulihan dengan cara interpleader dalam Mahkamah di mana ia telah dituntut itu atau, jika belum lagi dituntut dalam mana-mana Mahkamah di mana ia mungkin dituntut.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.