ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXXII - RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN



Seksyen 243. Notis rayuan.


(1) Rayuan kepada Mahkamah Rayuan hendaklah dibawa dengan cara memberi notis rayuan dalam borang yang ditetapkan.

(2) Seorang pihak merayu boleh merayu atas seluruh atau mana-mana bahagian sesuatu keputusan dan notis rayuan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja dan bahagian mana keputusan itu dirayukan.

(3) Notis rayuan hendaklah difail dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan itu dibuat. Mahkamah dari mana keputusan itu dirayu hendaklah membekal kepada pihak merayu, setelah menjelaskan bayaran mengenainya suatu salinan sah hukuman itu atau, jika hukuman bertulis tidak diserahkan alasan-alasan hukuman hendaklah dibekalkan.

(4) Sebaik sahaja salinan sah hukuman siap disediakan Mahkamah hendaklah memberitahu kepada pihak merayu.

(5) Dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan notis, pihak merayu hendaklah, melainkan Mahkamah dengan alasan yang mencukupi memerintah sebaliknya-

(6) Notis rayuan itu hendaklah disampaikan oleh pihak merayu kepada semua pihak yang secara langsung terlibat dengan rayuan itu atau kepada peguam mereka masing-masing. Pihak yang tidak berkenaan tidak perlu disampaikan notis.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.