ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XII - PINDAAN



Seksyen 83. Cara.


Pindaan hendaklah dibuat dengan cara memfail satu salinan dokumen yang dipindakan, yang hendaklah menunjuk dengan cara mana dokumen-dokumen itu dipinda, dan menyerahkannya kepada pihak satu lagi:

Dengan syarat bahawa, jika pindaan diperintahkan dalam masa pembicaraan mana-mana tindakan atau pembicaraan, atau jika semua pihak hadir semasa pindaan itu dibuat, Mahkamah boleh dengan budibicaranya meminda dokumen dalam tangannya dan penyerahan kepada mana-mana pihak tidaklah perlu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.