ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XVI - IKRAR



Seksyen 113. Soalbalas.


(1) Mana-mana pihak yang ingin mempertikaikan kebenaran fakta yang terdapat di dalam ikrar boleh menyampaikan kepada pihak yang memfailkan notis hasratnya untuk menyoalbalas pengikrar, dan seterusnya jika pengikrar tidak dikemukakan untuk soalbalas, Mahkamah hendaklah, melainkan di dalam keadaan khas, menolak atau mengenepikan ikrar itu.

(2) Mahkamah boleh mengikut budibicaranya menghendaki kehadiran mana-mana pengikrar supaya dapat diperiksa berkenaan ikrarnya dan, jika ia gagal hadir boleh menolak atau mengenepikan ikrar itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.