ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXXII - RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN



Seksyen 244. Rekod rayuan.


(1) Apabila pihak merayu telah memenuhi kehendak seksyen 243 atau Mahkamah Rayuan telah membenar pihak merayu untuk merayu sebagai seorang papa, Mahkamah di mana rayuan itu dibuat hendaklah menyediakan bilangan yang dikehendaki salinan rekod rayuan yang dikehendaki dan rekod itu hendaklah mengandungi salinan-salinan-
(2) Sebaik sahaja rekod rayuan siap disediakan Mahkamah dari mana rayuan dibuat hendaklah menyampaikan kepada pihak merayu notis dalam borang yang ditetapkan.

(3) Jika pihak merayu berpendapat bahawa mana-mana eksibit berdokumen yang digunakan adalah tidak perlu dimasukkan ke dalam rekod itu, ia hendaklah mendapat kebenaran bertulis, semua pihak kepada rayuan itu supaya dokumen itu digugurkan daripada rekod itu. Kebenaran bertulis itu hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar.

(4) Apabila diminta oleh pihak merayu dan, jika bayaran yang tersebut di dalam seksyen 243 (5) tidak mencukupi, setelah dijelaskan oleh pihak merayu bayaran selanjutnya bagi mencukupi kos penyediaan rekod rayuan itu, Pendaftar hendaklah-

Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.