ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN VIII - SURAT GUAMAN



Seksyen 58. Kegagalan surat guaman.


Jika pembelaan atau pembelaan kepada tuntutbalas tidak difail atau tidak menunjukkan apa-apa pembelaan kepada tuntutan atau tuntutbalas, Mahkamah boleh dengan budibicaranya mengarahkan supaya pihak yang gagal itu dihalang daripada membela tuntutannya atau tuntutbalas itu. Mahkamah boleh menggunakan budibicara yang sama jika pembelaan atau pembelaan kepada tuntutbalas itu difailkan selepas tempoh yang dibenarkan atau tidak dibuat dalam bentuk sepatutnya.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.