ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXIX - WANG, KUMPULANWANG YANG DILABURKAN DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 215. Wang yang tidak dituntut.


(1) Pada penghujung tiap-tiap bulan Mahkamah hendaklah meremit kepada Majlis semua wang yang terkumpul dalam akaun bank Mahkamah tersebut yang melebihi 6 bulan dan yang mana tiada sesiapa membuat permohonan untuk pembayaran keluar dan hendaklah meremitkan bersama suatu senarai lengkap yang memperihalkan wang-wang tersebut.

(2) Wang yang sedemikian tidak boleh dibayar keluar kecuali oleh pegawai yang diberi kuasa mengenainya dengan mengemukakan suatu perintah Mahkamah untuk pembayarannya bersama baucar yang sewajar.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.