ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXV - INTERPLEADER



Seksyen 195. Aturcara.


(1) Pemohon hendaklah memfailkan dalam Mahkamah suatu permohonan dalam borang yang ditetapkan.

(2) Jika pemohon telah dituntut, permohonan itu hendaklah difail dalam tempoh 5 hari selepas penyampaian saman.

(3) Suatu salinan permohonan hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap orang (termasuk mana-mana pihak menuntut dalam tindakan terhadap pemohon) yang dipercayai oleh pemohon sebagai orang yang menuntut.

(4) Tiap-tiap orang yang menuntut yang telah disampaikan dengan saman, kecuali pihak menuntut dalam tindakan terhadap pemohon, hendaklah sebelum perbicaraan memfail satu notis bahawa ia tidak membuat apa-apa tuntutan atau butir-butir tuntutannya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.