ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XVIII - HUKUMAN DAN PERINTAH



Seksyen 130. Perintah ansuran.


(1) Mana-mana si berhutang yang terhadapnya hukuman telah atau akan diberi boleh memohon kepada Mahkamah untuk kebenaran membayar hutang hukuman itu secara ansuran atau jika suatu perintah untuk bayaran secara ansuran telah dibuat untuk kebenaran membayar ansuran dengan kadar yang lebih rendah, dan Mahkamah, selepas mendengar pihak-pihak berkenaan boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut.

(2) Jika mana-mana ansuran tersebut tidak dijelaskan dalam tempoh masa lebih daripada satu bulan, perintah tersebut hendaklah disifatkan telah dibatalkan dan si piutang-hukuman boleh melaksanakan hukuman yang telah diberi dengan sepenuhnya, tetapi si berhutang hukuman boleh memohon untuk mendapat perintah lain.

(3) Mana-mana si piutang-hukuman boleh, jika suatu perintah bayaran secara ansuran telah dibuat, memohon supaya perintah itu dibatalkan, atau ansuran itu ditambahkan, dan Mahkamah, selepas mendengar pihak-pihak, boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.