ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXI - SAMAN SI BERHUTANG HUKUMAN, WARAN TANGKAP DAN SEBAGAINYA



Seksyen 173. Deposit mengenai penahanan.


(1) Sebelum suatu perintah tahanan di bawah seksyen 172 itu dilaksanakan pihak menuntut hendaklah mendeposit dengan belif sejumlah wang yang mencukupi dalam pandangan belif untuk membiayai kos penahanan, memilik dan menjaga harta itu selama tempoh 14 hari.

(2) Apabila tempoh tahanan melebihi 14 hari pihak kena tuntut hendaklah pada atau sebelum tamatnya 14 hari itu, mendeposit dengan belif suatu jumlah tambahan bagi membiayai kos untuk 14 hari kemudiannya dan hendaklah meneruskan membuat deposit sedemikian sebagai pendahuluan pada atau sebelum tamatnya sesuatu tempoh 14 hari selagi tahanan itu berterusan:

Dengan syarat bahawa-
(3) Belif hendaklah memberi resit bagi tiap-tiap jumlah wang yang didepositkan di bawah seksyen ini dan hendaklah menggunakan jumlah wang itu atau sebahagian darinya seperti yang difikirkan patut bagi maksud seksyen ini dan hendaklah mengembalikan kepada pendeposit mana-mana baki selepas penghasilan harta yang ditahan atau diperintah jual di bawah perintah Mahkamah.

(4) Jika baki sedemikian tidak boleh dibayar balik kepada pendeposit dalam masa 48 jam selepas harta itu dilepas atau dijual, belif hendaklah dengan segera membayar baki itu ke dalam Mahkamah untuk kredit pendeposit dan hendaklah memberitahu pendeposit itu sewajarnya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.