ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXXIV - PERUNTUKAN AM



Seksyen 261. Tak berperaturan.


(1) Ketidakpatuhan dengan mana-mana seksyen atau amalan aturcara yang berkuatkuasa tidak boleh membatalkan pembicaraan itu kecuali Mahkamah memerintah sedemikian, tetapi Mahkamah boleh atas kehendaknya atau atas permohonan mana-mana pihak mengenepikan pembicaraan sepenuhnya atau sebahagiannya sebagai tak berperaturan atau memerintah pindaan ke atasnya syarat-syarat yang difikirkan patut.

(2) Tiap-tiap permohonan di bawah seksyen ini boleh ditolak kecuali jika dibuat dalam tempoh yang menasabah dan sebelum pemohon mengambil langkah-langkah dalam pembicaraan dengan mengetahui akan ketidak berperaturan itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.