ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXI - SAMAN SI BERHUTANG HUKUMAN, WARAN TANGKAP DAN SEBAGAINYA



Seksyen 166. Waran tangkap.


(1) Jika suatu perintah tangkap telah dibuat Pendaftar hendaklah mengeluarkan waran seperti dalam borang yang ditetapkan.

(2) Sebelum waran yang dikeluarkan di bawah seksyen ini dilaksanakan, si piutang-hukuman hendaklah, kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya mendepositkan dengan belif sejumlah wang yang pada pendapat belif cukup untuk membiayai kos membawa si berhutang-hukuman ke Mahkamah dan menahannya dalam penjagaan sehingga ia dikemukakan ke Mahkamah untuk perbicaraan.

(3) Seorang belif hendaklah memberi resit dan hendaklah membuat akaun mengenai wang yang didepositkan itu dan hendaklah mengembalikan kepada pendeposit apa-apa baki yang berlebihan selepas si berhutang-hukuman itu dilepaskan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.