ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XV - SAPINA



Seksyen 95. Permohonan.


(1) Mahkamah boleh mengeluarkan sapina atas permohonan atau budibicaranya.

(2) Sapina untuk mengemukakan dokumen hendaklah dialamatkan kepada seorang sahaja, dan hendaklah di dalam borang yang ditetapkan.

(3) Sapina untuk memberi keterangan boleh dialamatkan kepada lebih dari seorang dan hendaklah di dalam borang yang ditetapkan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.