ENAKMEN 11
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKAD NIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 43. Pemeriksaan Daftar Perkahwinan dan indeks


(1) Tiap-tiap Daftar Perkahwinan dan indeks yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawah Enakmen ini hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana orang setelah dibayar fi yang ditetapkan.

(2) Ketua Pendaftar atau Pendaftar, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah, setelah dibayar fi yang ditetapkan, memberi suatu salinan catatan dalam Daftar Perkahwinan dan indeks, yang diperakui dengan tandatangan dan meterai jawatan Ketua Pendaftar atau Pendaftar itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada seseorang yang menghendakinya.



Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.